Tuan Punya Blog

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al-Kareem

Setelah sekian lama meninggalkan blog yang dah berhabuk ni, akhirnya terpanggil kembali nak menulis. Tapi mood nak menulis tu dah hilang sebab dah tinggalkan blog ni terlalu lama. Jadi, hari ini Kak Cik nekad untuk berblog semula, sampaikan post-post yang lepas nak delete semua. Kononnya nak buka buku baru la. 

Memandangkan ini post yang pertama, eloklah kalau Kak Cik bercerita sedikit tentang diri Kak Cik. Kak Cik ni biasa-biasa saja,sudah berkahwin, mempunyai 4 orang anak dan merupakan penunggu rumah sepenuh masa. Kak Cik menetap di Sungai Petani, dan merupakan anak jati negeri Kedah. Rasanya ini sahaja serba sedikit tentang diri tuan punya blog :)


Comments