Assalamualaikum.......Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat KakCik nak buat Apam tepung beras setelah
beberapa kali tertangguh....Resipi ni saya dapat dari seorang rakan semasa menetap di Terengganu.
Dulu masa kecik2 mak di kampung selalu buat apam ni.....makan pula ramai2 dengan adik beradik yang lain.....pekena pula dengan kopi o panas.... fuuuh .....memang sedap....Apam ni Kak cik adun tengahari tadi dan perapkan terlebih dahulu sebelum dikukus untuk hidangan petang .
Apam ni sangat sedap,lembut dan gebu sekali.......dicicah pula dengan kelapa muda ...gerenti sedap.Berbaloi sesiapa yang mencuba.
Jom kita layan resipinya
bahan-bahan;
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Cara-caranya;
Panaskan kukusan terlebih dulu.Sapu acuan dengan minyak dan kukus selama 20".
Boleh dihidangkan dengan kelapa parut yang dikukus dan diletakkan garam..
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment