Buat renungan anak-anakku...Farhan...Farhana...Syamira dan Syafiqa sebagai pedoman di hari muka.
Anakkku
Bila kau sudah maju kehadapan
Sesekali toleh lah ke belakang
Agar kau tidak lupa
Bagaimana susahnya menjadi
Seorang manusia yang berguna
Anakku
Bila kau berjaya ke kemuncak langit
Sesekali pandanglah rumput dibumi
Agar kau tidak lupa
Tanah tempat asal mu
Anakku
Bila kau sudah mencapai segalanya
Janganlah kau mendabik dada
Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
Dalam sekelip mata kau akan menjadi
Seorang yang meminta-minta
Anakku
Apabila kau telah dapat apa yang kau impikan
Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
Jangan sesekali kau lupa
Bahawa semua itu hanya sementara
Anakku
Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa
Anakku
Hanya itu nasihat dari ibumu
Buat bekalan dihari depanmu
Doa ibu sentiasa mengiringimu
Insyaallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
Semoga nasihat ini terpahat utuh di sanubari mu....

Comments
Post a Comment