.Amalan berselawat berkait rapat dengan konsep iman dan islam,sesuai dengan firman Allah SWT.
Maksudnya:sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat keatas nabi SAW.Wahai orang yang beriman,berselawatlah kamu keatasNabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :
"sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling
banyak berselawat untukku.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku,
nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepluh kali'
dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat.
( Riwayat Ahmad,al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a)
"Sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat, diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun".
(Riwayat al Dailami daripada Abu Zar r.a.)
"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang,
maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."
(Riwayat al Tabrani daripada Abi Darda' r.a.)
"Dimana sahaja kamu berada'
berselawatlah kepadaku,
nescaya selawat itu sampai kepadaku.
(Riwayat al- Tabrani daripada Husain b. Ali r.a. )
Comments
Post a Comment