Sekadar renungan bersama dalam meniti kehidupan.......
Hidup kita sering dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan ujian.Cabaran dan ujian inilah yang banyak mematangkan kita sebagai manusia bagi meneruskan sebuah kehidupan yang masih jauh.
Mentari akan memancarkan sinarnya apabila siang menjelma dan terbenam jua disaat senja datang..... Inilah realiti kehidupan kita sebagai manusia dibumi Allah...... .Cepatnya putaran masa.
Hidup kita penuh dengan warna warna pelangi.Ada ketikanya kita sedih,gembira,sakit,sihat,susah dan senang
Semua ini adalah ujian Allah keatas keatas kita sebagai hambanya.Kita diuji dengan kekayaan,kegembiraan dan kesihatan yang baik.....Allah nak tengok kita ingat tak kat dia?Kita bersyukur tak...sewaktu kita diberi kesempatan untuk bergembira.
Apakah yang kita buat masa kita sihat?Kita ambik tak kesempatan itu untuk beribadat, bertaubat dan membantu orang yang dalam kesusahan.
Kita kadangkala tak perasan dengan anugerah yang kita nikmati....Kita hanya tahu mengeluh,mencari kesilapan
dan menyalahkan orang lain bila berlaku musibah pada diri kita.Setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah disebaliknya.
Hanya pada Allah tempat kita memohon....Jangan pernah jauh dari Allah,mintalah petunjuk,rahmat dan keampunanNYA.Semoga redha dan keampunan Allah sentiasa bersama kita hingga keakhirnya...
Insyaallah satu hari nanti kebahagiaan akan menjadi milik kita.Ingatlah,kebahagiaan dunia tidak pernah kekal sebaliknya kebahagiaan akhirat adalah kebahagiaan yang hakiki,..
Comments
Post a Comment